Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Latheefa Koya menerusi satu kenyataan hari ini berkata, SPRM Melaka telah menangkap Hasan dan kerani Jawatankuasa Pembangunan dan Penyelarasan Dewan Undangan Negeri (JAPERUN), Khuzaimah Abdullah pada hari ini dan telah dibebaskan atas ikat jamin SPRM.

"Mereka dikehendaki hadir di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh untuk dituduh esok berkaitan penyelewengan peruntukan bagi Inisiatif Strategic Linkage di bawah Program Strategik Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) tahun 2016 untuk negeri Melaka yang disalurkan kepada JAPERUN," katanya.

Hasan, yang masih pengerusi JAPERUN Sungai Rambai, adalah bekas Exco Kerajaan Negeri pada masa material dan bertanggungjawab bagi portfolio JAPERUN.

Kes adalah berkaitan penyelewengan peruntukan bagi Inisiatif Strategic Linkage di bawah program NBOS tahun 2016 untuk negeri Melaka yang disalurkan kepada JAPERUN. - Bernama