Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria berkata, Mohd. Zawawi telah rebah tidak sedarkan diri di rumahnya dekat Gunung Semanggol pada pukul 11.30 pagi sebelum dihantar ke Hospital Taiping dan kemudian dirujuk ke HRPB.

"Sekarang, kita pun berada di Ipoh bagi menunggu doktor pakar membuat pengesahan untuk tindakan selanjutnya.

"Tadi, masa mula-mula sampai, dia ada menunjukkan respon tetapi doktor bagi suntikan agar dia berehat,” katanya ketika dihubungi Kosmo! sebentar tadi. 

Sementara itu, dalam mesej yang disebarkan oleh Pas Kawasan Bagan Serai bagi menjelaskan perkembangan terkini Mohd. Zawawi, Yang Dipertua Pas Bagan Serai itu dikatakan masih belum sedarkan diri kerana terdapat pendarahan di sebelah kanan kepalanya.

Sehubungan itu, semua cawangan Pas dimohon mengadakan solat hajat dan bacaan Yasin di surau atau masjid masing-masing bagi mendoakan kesihatan Mohd. Zawawi. - K! ONLINE