Dalam kejadian pada pukul 11.35 malam itu, Roslee Daud yang juga bekas Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Terengganu cedera ringan di bahagian belakang badan dan tangan kanan akibat kemalangan tersebut.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah berkata, sewaktu kejadian Roslee yang juga bekas Timbalan Ketua UMNO Bahagian Dungun dalam perjalanan ke bandar Dungun dari Bukit Besi dekat sini.

"Kejadian berlaku selepas kenderaan pacu empat roda, Mitshubishi Pajero dipandu Yang Berhormat Roslee cuba mengelak seekor lembu yang tiba-tiba melintas jalan di hadapannya.

"Kenderaan itu hilang kawalan menyebabkan ia berpusing beberapa kali sebelum  terbalik di bahu jalan," katanya kepada Kosmo! Online di sini hari  ini. - K! ONLINE