Ketua UMNO Cawangan Panggas Kecil, Md. Isa Seman yang mewakili mereka  berkata, Pengerusi BN Perlis, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim juga wajar melepaskan jawatan kerana seorang wakil rakyat tidak boleh membantah titah raja.

"Mereka ini bukan orang biasa-biasa... Rakyat berasa sangat marah, dah bagi mandat, mereka tinggal rakyat pula, tak usahlah bersama kami lagi.

"Jika enggan mohon maaf kepada tuanku, tindakan lebih tegas akan kami ambil selepas ini, jangan pandang rendah kepada pemimpin masyarakat seperti kami," katanya kepada pemberita semasa mengadakan perhimpunan bagi menyatakan sokongan terhadap Tuanku Syed Sirajuddin di Chuping dekat sini, hari ini

Khamis lepas sembilan wakil DUN BN tidak hadir pada pada Majlis Pelantikan dan Angkat Sumpah Menteri Besar kerana mendakwa pelantikan Datuk Seri Azlan Man tidak mendapat sokongan majoriti  wakil DUN. - Bernama