Lelaki berusia 23 tahun dan dua adik perempuan berusia 15 dan 19 tahun itu ditahan dalam operasi yang dilakukan anggota Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) di kampung tersebut kira-kira pukul 4 pagi ini.

Operasi yang bermula pukul 11 pagi semalam itu turut melibatkan operasi di Kampung Barokhas, Kampung Tualak dan Bukit Indin membabitkan tangkapan seramai 10 individu yang disyaki penagih dadah.

Ketua Pegawai AADK Padang Terap, Zainal Abidin Ismail memberitahu, operasi yang dilakukan di sebuah rumah di Kampung Rambutan berjaya menahan tiga beradik yang disyaki penagih dadah.

"Turut ditahan di rumah tersebut ialah dua lagi lelaki iaitu rakan kepada tiga beradik itu dan seorang lagi kekasih kepada salah seorang remaja perempuan berkenaan," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. - K! ONLINE