Mangsa yang merupakan OKU pembelajaran dikatakan dibiar dan ditinggalkan di luar rumah.

Ketua Polis Perlis, Senior Asisten Komisioner Noor Mushar Mohamad berkata, pihaknya menerima laporan mengenai perkara itu selepas ia tular di Twitter.

Katanya, abang dan ibu mangsa masing-masing berumur 15 dan 40 tahun ditahan pada kira-kira 11.45 pagi ini di rumah mereka dan akan direman esok.

“Siasatan awal menunjukkan mangsa dipercayai telah dipukul sebelum ini selain ada kesan-kesan lebam dan cedera di bahagian belakang badan, pergelangan tangan kiri dan luka baharu di belakang leher mangsa,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Mushar, polis sedang menunggu laporan pengesahan daripada hospital dan kes disiasat di bawah  Akta Kanak-Kanak 2001. - Bernama