Aaron atau nama sebenarnya, Aaron Mustapha Aziz berkata, 42, berkata, akibat gangguan tersebut dia mengalami sakit belakang dan ketidakstabilan emosi.

"Sebelum ini ketika aktif berlakon, saya akui banyak lalai dalam hal agama. Apabila sudah sakit baru ingat Tuhan.

"Baru-baru ini, saya bertemu dengan seorang kenalan yang mengajar saya mengamalkan ayat-ayat suci al-Quran terutama ayat Ruqiyah. Saya tidak mahu kata saya terkena buatan orang namun saya anggap apa yang berlaku sebagai dugaan daripada Allah SWT," katanya ketika ditemui Kosmo! pada majlis pelancaran kempen Journey To Insyirah bersama jenama kaligrafi, TopKhat di sini. - K! ONLINE