Ops Sepadu selama lima jam berakhir pukul 11 malam itu berjaya memberkas 39 daripada mereka termasuk tiga wanita yang disyaki sedang berada di bawah pengaruh dadah.

Jurucakap AADK berkata, mereka yang ditahan berusia antara 17 hingga 70 tahun itu terdiri daripada kesemua 39 individu yang diperiksa apabila mereka didapati positif dadah.

Menurut jurucakap itu, hasil ujian air kencing mendapati tujuh lelaki dan dua wanita positif dadah jenis methamphetamine, manakala masing-masing seorang lelaki dan wanita positif opiat.

Seramai 33 daripada mereka yang ditahan dibawa ke lokap AADK di Kampung Selamat, Tasek Gelugor di sini, manakala enam lagi dilepaskan dengan jaminan. - K! ONLINE