Lebih 100 ahli keluarga, sanak-saudara dan kenalan Allahyarham turut mengiringi jenazahnya ke tanah perkuburan.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di Hospital Ampang (HA), pada usia 73 tahun sekitar jam 12.40 malam tadi, akibat strok dan pendarahan otak.

A.Rahman meninggalkan isteri, Datin Fadilah Mansor dan dua anak iaitu Khairulizam (Khir Rahman) dan Khairulazmi.