Ketua Polis Dar es Salaam, Lazaro Mambosasa berkata kepada wartawan bahawa kebanyakan mangsa terbunuh susulan hujan lebat sejak tiga hari lalu. 

Rakaman televisyen menunjukkan kebanyakan penduduk terpaksa mencari perlindungan di atas bumbung rumah. 

Pihak berkuasa mengarahkan sejumlah sekolah ditutup selama dua hari bermula esok bagi memberi laluan kepada pihak berkuasa untuk menilai kerosakan infrastruktur.

Dar es Salaam yang merupakan sebuah bandar pesisir pantai yang dihuni lima juta penduduk dan sering kali berhadapan dengan kejadian banjir berikutan sistem perparitan yang daif selain projek perumahan tidak dirancang. 

Agensi meteorologi berkata, musim hujan dijangka akan berterusan sehingga Mei ini. - Reuters