Menurut Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri, Penguasa Bomba Mohamad Mustakim Mukhtar, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada pukul 6.53 petang dan tiba di lokasi pada pukul 7.06 petang.

Menurutnya, kejadian tersebut mengakibatkan seramai 50 pengunjung berada di dalam kereta kabel.

Katanya, pada masa sama, kira-kira 800 pengunjung lagi terperangkap di stesen  pertama di gunung tersebut.

“Pihak bomba membantu syarikat kereta kabel untuk membawa peralatan ke stesen berkenaan untuk kerja-kerja membaik pulih perkhidmatan tersebut.

"Anggota bomba terpaksa mengambil masa dua hingga tiga jam untuk mendaki gunung tersebut,"  katanya dalam satu kenyataan di sini malam ini. 

Kereta kabel di gunung tersebut merupakan salah satu tarikan pelancong bagi menyaksikan keindahan panorama pulau peranginan pada ketinggian 706 meter dari paras laut. - K! ONLINE