Kesemua mangsa terdiri lelaki, wanita, kanak-kanak dan bayi itu dipindahkan selepas kediaman mereka dinaiki air dalam kejadian hujan yang berterusan sejak pukul 1 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah SPU, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, sebanyak 10 kawasan di daerah berkenaan dinaiki air dan setakat ini tiada laporan penutupan jalan dilakukan.

Menurutnya, antara lokasi yang terjejas adalah di Flat Rumah Hijau, Kampung Malaysia, pejabat Pos Mak Mandin, Taman Cantik, kawasan kilanh dan Pondok Polis Mak Mandin serta klini Kesihatan Mak Mandin.

"Tiada insiden melibatkan manusia, kehilangan nyawa atau cedera dilaporkan dan kejadian berpunca daripada keadaan hujan yang berterusan dari pukul 1 pagi sehingga sekarang (12.19 tengah hari),'' jelasnya dalam satu kenyataan di sini tadi.- K! ONLINE