Beliau berkata, nilai ambang SST itu adalah tiga kali ganda lebih tinggi berbanding GST yang sebelum ini dikenakan kepada pengguna daripada restoran yang mempunyai pendapatan melebihi RM500,000 setahun.

Berikutan itu, katanya cuma terdapat 4,372 restoran yang mendaftarkan perniagaan mereka di bawah SST berbanding 17,574 restoran di bawah GST iaitu empat kali ganda lebih besar ketika di bawah GST.

"Bukankah kesan SST jauh lebih kurang daripada GST apabila hanya 25 peratus daripada restoran dan kedai kopi terkesan di bawah SST berbanding dengan GST?," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Guan Eng dalam kenyataan itu turut membidas bekas Perdana Menteri dan juga bekas Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Tun Razak yang didakwanya buat-buat tidak tahu bahawa cukai perkhidmatan enam peratus memang dikenakan di bawah SST sama seperti GST. - Bernama