Acara pelepasan konvoi dari pekarangan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat di Presint 4 di sini, disempurnakan oleh Ketua Setiausaha kementerian itu, Datuk Suriani Ahmad. 

Peserta konvoi dari Brunei, Thailand, Singapura, Indonesia dan Bangladesh merupakan anggota Women's International Motorcycle Association (WIMA).

Dalam ucapan perasmiannya, Suriani berkata, program julung kali itu menonjolkan sifat keberanian dan kegigihan wanita menunggang motosikal pelbagai kuasa di samping memberi sokongan dan inspirasi kepada kaum wanita di luar sana.

"Saya berharap agar pasukan konvoi selamat dalam perjalanan sehingga sampai ke destinasi serta mematuhi undang-undang ketika berada di jalan raya.

"Saya berharap agar lebih ramai wanita tampil menganjurkan pelbagai program yang boleh memperkasa wanita sekali gus membuka peluang penjanaan ekonomi kepada wanita," katanya. - Bernama