Pengarah Kesihatan Pahang Dr. Sha'ari Ngadiman bagaimanapun berkata, sebahagian besar daripada pelajar itu telah pulih, namun pihaknya masih mengambil tindakan berjaga-jaga bagi memastikan penyakit itu tidak merebak.

"Pelajar dan guru yang terlibat telah diberi rawatan dan dikuarantin di dalam kawasan sekolah bagi mengelakkan orang luar terkena jangkitan. Semua pesakit kini berada dalam keadaan stabil.

"Vaksin diberikan kepada pelajar yang tidak menerima imunisasi beguk. Pendidikan kesihatan dilaksanakan di sekolah selain pemantauan harian dilakukan Pejabat Kesihatan Daerah Lipis," katanya semasa dihubungi di sini, hari ini.

Penyakit beguk disebabkan jangkitan virus Paramyxovirus dan boleh tersebar melalui titisan cecair pernafasan dan air liur serta melalui sentuhan objek yang tercemar dengan air liur pesakit. - Bernama