Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Mary Yap Kain Ching berkata, jumlah itu dapat menampung kira-kira 76,000 pelajar sehingga mereka tamat pengajian.

"Ini merupakan kesan positif daripada tindakan menyenarai hitam peminjam yang lalai membayar pinjaman. Ia jelas menunjukkan tindakan tersebut bukan untuk menindas tetapi mendidik peminjam supaya mereka lebih berintegriti dan bertanggungjawab membayar hutang," katanya menjawab soalan Datuk Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali (Pas-Kuala Nerus) di Dewan Rakyat hari ini.

Mohd. Khairuddin bertanya tentang prosedur menyenaraihitamkan individu yang gagal membuat pembayaran semula pinjaman PTPTN setelah menamatkan pelajaran.
Yap berkata tindakan menyenarai hitam merupakan langkah terakhir PTPTN setelah notis bayaran balik dan peringatan dihantar kepada peminjam. - Bernama