Beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, cadangan caruman berkenaan merupakan satu keutamaan bagi pihaknya memandangkan ia adalah salah satu daripada manifesto 100 hari Pakatan Harapan.

Berikut adalah antara inti pati cadangan berkenaan.

  • Inisiatif terkandung dalam Manifesto Pakatan Harapan yang akan dilaksanakan dalam tempoh 100 hari pertama pentadbir negara
  • Caruman melibatkan dua peratus daripada gaji suami
  • Caruman itu tidak termasuk potongan wajib suami kepada pihak KWSP
  • Suri rumah sebagai penerima turut diberi RM50 daripada dana kerajaan
  • Mekanisme seperti siapa yang layak terutama bagi lelaki yang mempunyai lebih daripada seorang isteri akan dikaji
  • Terdapat lebih lima juta suri rumah di negara ini