Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Awam, Infrastruktur, Pertanian dan Perladangan negeri Abdul Yunus Jamhari berkata, kesemua menu tersebut diusahakan oleh 12 usahawan di seluruh negeri ini yang mengambil bahagian dalam Empayar Makanan MAHA 2018.

“Kerajaan negeri berbangga dengan peningkatan bilangan sekali ganda dalam penyertaan ke MAHA 2018 tahun ini berbanding dua tahun lalu.

“Kali ini, 51 menu popular termasuk Kelapa Lelehhh Kampor, Laksa Telur Goreng Bersarang dan Kuehtiaw Goreng Arang akan dijual kepada orang ramai dengan harga berpatutan sepanjang MAHA berlangsung,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar MAHA 2018 dan Empayar Makanan Negeri Perak di restoran Chillex Concept Cafe di sini sebentar tadi.

Tambah Abdul Yunus, semua 51 menu tersebut merupakan 10 peratus daripada keseluruhan 501 makanan yang bakal dihidangkan di karnival tersebut.

“Pada MAHA 2018 ini, Perak memberi fokus kepada tiga daripada enam kluster iaitu Empayar Makanan, Coconut Street dan Agrobazaar Online.

“Kerajaan negeri telah bersedia sepenuhnya bagi menjayakan MAHA 2018 termasuk Pavilion Negeri Perak dan secara keseluruhannya, kita menjangkakan sekurang-kurangnya 50 peratus daripada 3.5 juta pengunjung karnival ini berkunjung ke Pavilion kita,” katanya. - K! ONLINE