Pelancaran gotong-royong perdana tabika Kemas dan taska Permata Kemas itu disempurnakan oleh Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Menurutnya, program itu bertujuan menanam nilai kebersihan dalam kalangan anak-anak Tabika Kemas dan Taska Permata Kemas.

"Dahulu dalam pelancaran gotong royong hanya melibatkan anak-anak sahaja tetapi kali ini kita turut melibatkan ibu bapa yang  sama-sama terlibat dalam aktiviti gotong royong.

"Kita hendak apabila anak-anak ini melihat ibu bapa mereka melakukan kerja  pembersihan ia akan merangsang anak-anak ini terlibat dalam program kebersihan di tadika dan taska," katanya pada sidang akhbar selepas menghadiri majlis pelancaran Gotong Royong Perdana Tabika Kemas dan Taska Kemas di Tabika Kemas Padang Luas di sini sebentar tadi.

Turut hadir, Ketua Pengarah Kemas, Datuk Amiruddin Ariffin. - K! ONLINE