Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Rina Mohd. Harun berkata, jumlah itu mewakili 70 peratus daripada kuota maksimum 7,760 tempat yang ditawarkan bagi pelajar daripada golongan itu di 54 MRSM seluruh negara.

Jelasnya, angka itu sekali gus melepasi sasaran awal 65 peratus pelajar daripada golongan itu yang ditetapkan oleh kementerian sebelum ini.

"Saya ingin maklumkan untuk keputusan MRSM 2019 sebanyak 70 peratus pelajar daripada keluarga B40, 20 peratus daripada keluarga M40 (kumpulan isi rumah berpendapatan 40 peratus pertengahan ) dan baki 10 peratus adalah T20 (kumpulan isi rumah berpendapatan 20 peratus tertinggi).

"Kami sudah keluarkan keputusan itu pada 21 Disember lepas, lebih awal daripada kebiasaan untuk membantu ibu bapa membuat persiapan awal sesi persekolahan anak mereka," katanya dalam sidang akhabr selepas merasmikan program gunting rambut percuma 'Segak ke Sekolah' di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Jalan Jelatek di sini hari ini. - Bernama