Menjadikan Pahang sebagai lokasi ke-11, program berkenaan merupakan inisiatif KPM untuk mendekati masyarakat sekali gus berkongsi maklumat terkini mengenai pendidikan negara.

Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran (Pembangunan Profesionalisme Keguruan), Kementerian Pendidikan, Dr. Zainal Aalam Hassan berkata, program tersebut bertujuan bagi mengeratkan lagi hubungan masyarakat dengan guru, kakitangan dan pegawai pendidikan sekaligus menjadi platform untuk menyalurkan maklumat terkini

"Program seumpama ini merupakan platform berkesan kepada masyarakat untuk bertanyakan pelbagai soalan berkaitan pendidikan sama ada di peringkat prasekolah hingga menengah," katanya pada sidang media sempena Majlis Perasmian Program Jelajah Pendidikan KPM di Dewan Konvensyen Sultan Ahmad Shah di sini semalam. - K! ONLINE