Majlis rumah terbuka Malaysia yang dianjurkan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan serta kerajaan negeri diserikan dengan kehadiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Ketibaan Najib dan isteri pada pukul 9 malam disambut Menteri Pelancongan dan 
Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz serta Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai yang mewakili masyarakat Cina.

Turut hadir Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah dan Menteri Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyaraka, Datuk Rohani Abdul Karim.

Najib yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) dan tetamu kenamaan kemudian mengaul yee sang dan kemudian memukul gendang gergasi sebagai simbolik perasmian majlis tersebut.

Selain jamuan rakyat, majlis itu menampilkan kepelbagaian dan keunikan  budaya dan tradisi masyarakat Cina serta menerapkan nilai-nilai perpaduan dalam kalangan rakyat di negara ini. - K! ONLINE