Pengurus Besar Kanan PTPTN, Abdul Ghaffar Yusop berkata, jumlah berkenaan membabitkan penuntut yang membuat pinjaman PTPTN  sejak 1997 hingga 31 Disember lepas.

"PTPTN menukar pinjaman RM1.47 bilion kepada biasiswa bagi menghargai kesungguhan penuntut sehingga mampu memperoleh ijazah kelas pertama dalam pengajian masing-masing," katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyampaian Cabutan Wow! 20 Tahun PTPTN Bulan November 2017 di Sekolah Kebangsaan Batu Melintang di sini hari ini.

Majlis berkenaan disempurnakan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Balah, Datuk Abdul Aziz Derashid.
Abdul Ghaffar berkata di Kelantan sahaja, terdapat 2,445 pelajar berjaya mendapat biasiswa PTPTN yang membabitkan pinjaman RM60.52 juta. - Bernama