Menurut Wisma Putra, mereka disyaki terlibat dalam kegiatan perjudian dalam talian secara haram.

Kementerian berkata, pemberitahuan mengenai penahanan mereka hanya dimaklumkan secara lisan oleh polis Bantey Meanchey pada 28 Disember tahun lepas.

"Berikutan pemberitahuan itu, para pegawai dari Kedutaan Besar Malaysia di Phnom Penh membuat lawatan konsular untuk bertemu tahanan tersebut untuk memastikan kesejahteraan mereka setelah menerima maklumat terperinci dan mendapat kelulusan daripada pihak berkuasa tempatan.

"Dalam lawatan itu, para pegawai mendapati bahawa kebanyakan tahanan ditawarkan pekerjaan dengan gaji yang menarik," kata kementerian itu dalam satu kenyataan hari ini. - Bernama