Ketua Pengarah Perhilitan, Datuk Abdul Kadir Abu Hashim berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 69 aduan adalah di kawasan Sungai Buloh.

"Berdasarkan  Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716), hidupan liar yang menjadi bahaya serta-merta terhadap nyawa manusia boleh dibunuh dan seterusnya perlu dilapor kepada Perhilitan," katanya dalam kenyataan hari ini bagi mengulas  insiden seekor babi hutan memasuki masjid di Kampung Sungai Plong, Sungai Buloh dua hari lepas sehingga mencederakan seorang jemaah.

Beliau berkata, Perhilitan mengucapkan terima kasih kepada penduduk kampung berkenaan kerana mengambil tindakan pantas dengan menembak babi hutan yang menyerang dan mendatangkan bahaya terhadap nyawa manusia pada waktu itu.

Menurutnya, Perhilitan Selangor telah ke lokasi kejadian untuk menjalankan siasatan dan mengambil tindakan susulan terhadap insiden itu. - Bernama