Kementerian Pendidikan dalam satu kenyataan berkata, daripada jumlah itu, seramai 434,177 mendaftar sebagai calon sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan manakala 11,464 calon sekolah swasta.

“Semua calon diingatkan agar merujuk jadual waktu peperiksaan UPSR 2019 untuk maklumat mengenai masa peperiksaan, arahan dan amaran yang perlu dipatuhi semasa peperiksaan berlangsung.

“Jadual waktu peperiksaan boleh dimuat turun melalui laman web Lembaga Peperiksaan di lp.moe.gov.my,” katanya.

Menurut kenyataan itu, calon juga diingatkan supaya membawa dokumen pengenalan diri seperti MyKad, MyKid, borang pengenalan diri calon atau surat perakuan pengenalan diri ke pusat peperiksaan bagi memastikan pengurusan serta pengendalian peperiksaan berjalan dengan lancar. - K! ONLINE