Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Perak menerusi satu kenyataan berkata, seramai 110 mangsa banjir ditempatkan di Masjid Nurul Hidayah Kampung Bemban, Sekolah Kebangsaan (SK) Temelok Trong di Kampung Temelok (200 mangsa), Surau Kampung Jawa (28) dan 57 mangsa berada di SK Batu Hampar.

Pihaknya meminta penduduk terlibat berpindah secara berperingkat bermula malam tadi susulan hujan lebat sejak petang semalam. - Bernama