Menteri Pendidikan, Sains dan Penyelidikan Teknologi Sarawak, Datuk Seri Micheal Manyin Jawong berkata, pihaknya sudah mencadangkan supaya 113 buah sekolah yang terletak dalam lingkungan 10 kilometer (km) dari grid elektrik supaya disambung dengan kemudahan tersebut.

Kata Manyin, kos projek bagi cadangan berkenaan adalah sebanyak RM50 juta dan kementeriannya bercadang untuk meneruskan permohonan itu kepada Kementerian Pendidikan di peringkat Pusat," katanya semasa Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Penggal ke-18 di sini hari ini.

Manyin menambah, di bawah kerajaan Persekutuan sebelum ini, isu yang mencetuskan kontroversi tersebut telah cuba diatasi dengan memasang sistem solar hibrid yang diberi kontrak sejak 1 Januari tahun lalu.

Bagaimanapun ujarnya, langkah berkenan bukannya pilihan sepenuh kementerian untuk menyelesaikan masalah itu.

"Kita berharap, kerja-kerja penyambungan grid  ini akan membolehkan kesemua sekolah terjejas dapat menikmati bekalan elektrik 24 jam," katanya.

Sementara itu, beliau memberitahu, pada masa sama, setakat ini, sebanyak 428 sekolah masih belum menikmati bekalan air terawat.

Jelasnya, kesemua sekolah berkenaan hanya bergantung kepada sumber air hujan, bekalan air graviti, perigi dan sungai. - K! ONLINE