Dalam kejadian lebih kurang pukul 10 malam itu, difahamkan sebuah inap desa turut hanyut dek arus deras tetapi tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan.

Ketua Polis Daerah Papar, Deputi Superintendan Ladamah Sulaiman berkata, hujan lebat berterusan sejak petang semalam telah menyebabkan kawasan tersebut dinaiki air sehingga menjejaskan enam buah rumah penduduk manakala sebuah rumah inap desa dihanyutkan banjir.

"Berdasarkan rekod, seramai 14 lelaki dewasa, 11 wanita dewasa dan sembilan kanak-kanak lelaki serta seorang kanak-kanak perempuan terperangkap di dalam rumah terbabit.

"Bagaimanapun, kesemua mangsa berjaya dibawa keluar dan kini berlindung di rumah saudara-mara berdekatan dan sebahagiannya menginap sementara di Homestay Kampung Ovai," katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Tanbah Ladamah, operasi menyelamat yang tamat pada pukul 3 pagi tadi adalah melibatkan pasukan polis daripada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Papar, Balai Bomba dan Penyelamat Papar, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Papar dan pihak Hospital Papar. - K! ONLINE