Jurucakap Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JBPN) Sarawak berkata, setakat pukul 8 pagi ini, kesemua penduduk terjejas melibatkan tiga daerah iaitu Kuching, Samarahan dan Serian.

"Kawasan terjejas di Kuching adalah Kampung Sungai Batu dengan 35 mangsa, Kampung Buntal Lot (125 mangsa) dan Kampung Sungai Laru (121 mangsa).

"Sebanyak tiga pusat pemindahan sementara dibuka iaitu di Surau Ar Rahman, Masjid Darul Mustaqin Kampung Buntal dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tabuan Jaya," katanya dalam satu kenyataan tadi.

Tambahnya, satu pusat pemindahan di bahagian Samarahan dibuka di Dewan Pembangunan Sebuyau yang menempatkan 23 mangsa dari Kampung Baru Sebuyau.

"Bahagian Serian juga mempunyai satu pusat pemindahan sementara di Dewan Betong Kenawit dengan menempatkan 16 mangsa dari Kampung Betong Kenawit," ujarnya. - K! ONLINE