Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkifly Yahya berkata, sebanyak 32,462 saman berjaya diselesaikan.

“Kesemua 32,462 saman yang diselesaikan sepanjang tiga hari tawaran sempena perayaan Deepavali tersebut berjumlah kira-kira RM3 juta.

“Kita menerima sambutan menggalakkan daripada orang ramai yang mahu menyelesaikan saman tertunggak mereka dan kehadiran mereka di Balai Polis Trafik di Jalan Tun H.S. Lee dianggarkan berjumlah kira-kira 6,000 orang,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Online di sini hari ini.

Kosmo! hari ini melaporkan, Balai Polis Trafik Kuala Lumpur di Jalan Tun H.S. Lee dibanjiri ribuan warga kota yang mengambil peluang untuk melunaskan bayaran saman trafik. - K! ONLINE