Pengarah Jabatan Laut Wilayah Selatan, Dickson Dollah berkata, kerja-kerja pembersihan tumpahan minyak itu dilakukan sejak 6 pagi hari ini melibatkan kawasan seluas empat batu nautika dari pesisir pantai.

"Pencemaran dianggarkan membabitkan sebanyak kira-kira 300 tan minyak dipercayai akibat aktiviti pembuangan minyak oleh kapal tangki sejak dua hari lalu. 

"Ekoran kejadian itu, 18 anggota daripada unit kecemasan telah digerakkan untuk melakukan kerja-kerja pembersihan bermula hari ini," katanya. 

Semalam, Jabatan Laut Wilayah Selatan menemui tumpahan minyak melibatkan kawasan sepanjang satu kilometer di perairan Tanjung Balau dan Batu Layar. - K! ONLINE