Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, pihaknya telah mengesan perkara itu selepas Bahagian Penguatkuasaan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) melakukan pemeriksaan di premis-premis tersebut sebelum ini.

“Bahagian Penguatkuasaan KPDNHEP telah melakukan pemeriksaan pada bulan Mei dan Jun lalu iaitu sebelum dan selepas pelaksanaan GST sifar.

“Hasil pemeriksaaan itu, kita dapati 30 peratus restoran India Muslim masih tidak menurunkan harga, malah ada yang menaikkan harga makanan dan minuman. Berbeza di premis restoran segera, harganya turun,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Majlis Perhimpunan Bulanan KPDNHEP di sini hari ini.

Turut hadir Timbalan Menteri KPDNHEP, Chong Chien Jen dan Ketua Setiausaha kementerian, Datuk Seri Jamil Salleh.

Beliau menambah, buat masa ini Bahagian Penguatkuasaan KPDNHEP mengambil pendekatan memberi nasihat dan tiada sebarang tindakan tegas diambil terhadap pemilik restoran terbabit.

"Tindakan undang-undang akan diambil jika pihak berkenaan mengulangi kesalahan yang sama kerana kita tidak mahu menjejaskan mata pencarian sesiapa," katanya. - K! ONLINE