“Bas tersebut terhumban ke dalam jurang setinggi kira-kira 60 meter.

“Kemalangan tersebut mengorbankan 27 murid-murid sekolah, dua guru dan seorang pemandu,” kata pegawai polis tempatan, Santosh Patialma kepada agensi berita AFP dari lokasi kejadian yang terletak kira-kira 325 kilometer (km) dari ibu negeri Shimla. 

Pasukan penyelamat tiba di tempat kejadian dan operasi menyelamat sedang dilakukan.

Bas tersebut membawa lebih 30 kanak-kanak yang belajar di sebuah sekolah persendirian di bandar Nurpur, 300km dari Shimla. - AFP/Reuters