Menurut Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur, pihaknya menerima panggilan kecemasan tentang perkara tersebut pada pukul 1.35 pagi.

“Seramai 48 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Hang Tuah, BBP Titiwangsa, BBP Sentul dan BBP Pudu bersama empat jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan sebuah ‘water tanker’ dikerahkan ke lokasi untuk memadamkan kebakaran.

“Sebaik tiba di lokasi, didapati lebih 30 gerai di situ musnah terbakar,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau menambah, kebakaran dapat dikawal kira-kira 20 minit kemudian dan api dipadamkan sepenuhnya pada pukul 2.04 pagi.

“Kesemua gerai di situ musnah 100 peratus dan anggota kemudian meneruskan kerja-kerja pemadaman.

“Pasukan dari Unit Siasatan Kebakaran turut berada di lokasi bagi menjalankan siasatan untuk mencari punca kebakaran,” ujarnya.

Difahamkan kebakaran itu melibatkan kawasan perniagaan berkeluasan kira-kira 2,000 kaki persegi (185.5 meter persegi). - K! ONLINE