Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, karnival yang bertemakan Segalanya Wanita itu merupakan previu bagi himpunan usahawan wanita terbesar negara yang bakal diadakan ketika Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA 2018) November ini. 

Menurutnya, karnival tersebut juga akan mengumpulkan seramai 500 usahawan wanita tempatan yang berpeluang menggunakan platform tersebut bagi mempromosikan hasil kerja dan produk-produk mereka ke pasaran lebih luas. 

“Karnival ini sudah masuk kali ketiga penganjurannya selepas sambutan yang begitu menggalakkan diterima ketika diadakan di Lundu, Sarawak dan Teluk Intan, Perak. 

“Bagi saya ini merupakan satu acara yang cukup menarik bagi menghimpunkan para wanita bukan sahaja daripada kawasan setempat malahan pengunjung dari luar,” katanya kepada pemberita selepas meninjau persiapan Karnival Usahawanita 2018 di sini hari ini. - K! ONLINE