Pelajar Sekolah Tinggi Marjory Stoneman Doughlas, Cameron Kasky dan Samantha Fuentes serta pelajar sekolah tinggi di Washington, Zion Kelly akan menerima Anugerah Expression Courage Toni & James C. Goodale.

PEN, sebuah pertubuhan hak asasi manusia dan kesusasteraan memberitahu The Associated Press semalam bahawa tiga pelajar tersebut mewakili kumpulan anak muda yang berjuang untuk kawalan senjata api. 

Majlis gala itu akan berlangsung pada 22 Mei depan di Bandar Raya New York. Antara penerima anugerah lain termasuklah Stephen King, Simon& Ketua Pegawai Eksekutif Schuster, Carolyn Reidy dan wartawan Reuters yang dipenjara, Wa Lone dan Kyaw Soe Oo. - AP