Menurut SPR dalam satu kenyataan hari ini, sebanyak 1,220 daripadanya adalah borang pencalonan bagi kerusi Parlimen dan 2,517 adalah bagi dewan undangan negeri (DUN).

Di Kuala Lumpur dan Putrajaya pula sebanyak 43 borang pencalonan telah dijual, manakala di Sarawak 125 borang.

Antara negeri yang mencatatkan jualan borang pencalonan tertinggi ialah Sabah dan Labuan (288 Parlimen, 605 DUN; Pulau Pinang (120 Parlimen, 390 DUN); Selangor (112 Parlimen, 269 DUN); Kedah (100 Parlimen, 241 DUN); dan Johor (101 Parlimen, 120 DUN).

Di Perak, sebanyak 86 borang pencalonan Parlimen dan 189 DUN telah dijual; Kelantan (69 Parlimen, 194 DUN); Pahang (57 Parlimen, 172 DUN); Terengganu (42 Parlimen, 128 DUN); Melaka (21 parlimen, 93 DUN); Negeri Sembilan (6 Parlimen, 58 DUN); dan Perlis (5 Parlimen, 13 DUN). - Bernama