Beliau berkata, semakin ramai juga tidak menyedari mereka menghidap penyakit tersebut hingga selepas menjalani ujian saringan yang dilaksanakan menerusi program Komuniti Sihat Perkasa Negara (KOSPEN).

"Jika kita perhatikan, walaupun tidak makan benda manis, ramai antara kita yang cenderung mengambil minuman manis sama ada tin atau botol, yang semuanya tinggi kandungan gula.

"Kita mahu menggalakkan masyarakat agar menukar gaya pemakanan 'suku suku separuh' serta mengamalkan gaya hidup sihat seperti berjalan 10,000 langkah sehari, berjoging, mendaki, berbasikal dan sebagainya," katanya. 

Beliau ditemui selepas menghadiri Majlis Ramah Mesra Bersama Anggota Lembaga Pelawat Hospital dan Panel Penasihat Klinik Kesihatan Pahang (Zon Barat) di Dewan Jubli Perak, Majlis Perbandaran Bentong di sini, hari ini.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sumber Manusia dan Tugas-tugas Khas negeri, Datuk Seri Norol Azali Sulaiman dan Pengarah Kesihatan negeri, Dr. Sha'ari Ngadiman.

Dr. Hilmi turut mengingatkan mereka yang menjual produk makanan tambahan untuk tidak mempromosi kononnya ia boleh mengubati penyakit kronik kerana perkara itu perlu dibuktikan terlebih dahulu menerusi kajian. - Bernama