Beliau berkata selain mewujudkan peluang pekerjaan, Kolej TATIUC di Kemaman pula akan dijadikan tempat latihan pekerja untuk projek berkenaan.

Projek ECRL itu kini dalam fasa pengambilalihan tanah bagi pembinaan 'basecamp', katanya kepada pemberita  selepas menyaksikan majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara anak syarikat berkaitan kerajaan negeri Terengganu, Eastern Pacific Industrial Corporation Berhad (Epic), T7 Global Berhad dan CMC Engineering Snd Bhd di sini hari ini.

Kerjasama tiga pihak itu adalah bagi meneroka peluang perniagaan dalam projek rangkaian kereta api sepanjang 600 kilometer, dengan lapan stesen merentasi tiga negeri Pantai Timur.

Beliau berkata  ECRL dijangka siap pada 2024.

Ahmad Razif berkata tiga syarikat berkenaan  akan menjalankan pembinaan prasarana bagi pihak kontraktor utama projek - MRL (Malaysia Rail Link Sdn Bhd) dan CCC (China Communications Construction Sdn Bhd) seperti pembinaan rel dan stesen kereta api.

"Kita juga minta Epic Berhad, sebagai wakil kerajaan negeri, menyelaraskan pembekalan pasir dan kuari  kepada kontraktor tempatan agar projek ini turut dapat disertai syarikat tempatan," katanya.

Pada majlis itu, Epic Berhad diwakili oleh Ketua Pegawai Ekselutif Kumpulan, Noor Fadzil Mohamed Nor, T7 Global Berhad diwakili oleh Pengerusi Eksekutifnya, Datuk Seri Nik Norzrul Thani manakala CMC Engineering diwakili Ketua Pegawai Eksekutif, Hazwan Alif Abdul Rahman.

Turut  hadir menyaksikan MoU itu ialah Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk  Wan Nawawi Wan Ismail. - Bernama