Empat kampung yang terjejas adalah Kampung Bohor Masjid, Kampung Paya Mempelam, Kampung Tanjung dan Kampung Bohor Tempoyak.

Pegawai Bencana, Operasi dan Latihan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Langkawi, Leftenan (PA) Azamshah Apearal berkata, pusat pemindahan sementara itu dibuka pada pukul 12 tengah hari ini.

"Kampung paling teruk terjejas adalah Kampung Bohor Masjid melibatkan seramai 16 mangsa daripada lapan buah rumah diikuti Kampung Tanjung melibatkan lapan mangsa daripada dua buah rumah.

"Kampung Paya Mempelam dan Kampung Bohor Tempoyak pula masing-masing dua mangsa daripada sebuah rumah," katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Kata beliau, mangsa berada di pusat pemindahan sementara itu terdiri daripada mereka yang berusia antara empat hingga 94 tahun.

Tambahnya, kejadian banjir berlaku selepas hujan lebat sementara dan sekejap-sekejap pada malam semalam selain air pasang besar. - K! ONLINE