Ketua Polis Daerah SPU, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, keadaan di lapan lokasi terjejas banjir di kawasan berkenaan adalah semakin terkawal.

Antaranya di Butterworth, Kepala Batas, Teluk Air Tawar, Sungai Dua, Tasek Gelugor dan Bertam Perdana.

"Sehingga petang ini masih tiada laporan berhubung kehilangan nyawa, harta benda dan tanah runtuh diterima dan kejadian banjir berpunca daripada keadaan hujan yang berterusan dari pukul 1 pagi tadi," katanya dalam satu kenyataan di sini sebentar tadi. - K! ONLINE