Ia merupakan kumpulan ketiga yang dipanggil setakat ini bagi membantu siasatan berhubung kegiatan rasuah melindungi pemandu-pemandu lori yang melakukan kesalahan jalan raya khususnya membawa lebih muatan di sekitar negeri ini.

Menurut sumber, mereka adalah terdiri daripada anggota dan pegawai gred 19 hingga 32 yang hadir kira-kira pukul 9 pagi.

Sebelum ini seramai 46 orang penguat kuasa JPJ telah memberi keterangan iaitu pada Rabu dan Sabtu lalu termasuk yang sedang direman dan telah dibebaskan dengan jaminan.

Ia menjadikan seramai 70 orang penguat kuasa JPJ negeri telah dipanggil setakat ini. - K! ONLINE