Dalam kejadian bermula kira-kira pukul 10.30 pagi itu, insiden bermula selepas seorang pelajar tingkatan dua sekolah itu mula diserang histeria. 

Pegawai Pendidikan Daerah, Mohd. Razali Mustafar berkata, keadaan mula menjadi kecoh dan mengganggu sesi persekolahan.

Menurutnya lagi, kejadian kira-kira dua jam itu menyebabkan sesi persekolahan ditamatkan namun semua pelajar direhatkan selama dua hari sehingga Jumaat ini.

"Kita beri cuti awal bagi mengelak kejadian itu merebak dengan membabitkan lebih ramai mangsa.

"Sesi persekolahan akan disambung semula selepas cuti sambutan Aidiladha dan peperiksaan percubaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang sedang berlangsunv juga ditangguhkan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini. - K! ONLINE