Lokasi yang terlibat adalah di Taman Sukun/Amra, Taman Mangga, Taman Impian, Kampung Paya Bakar, Taman Desa Damai, Taman Makok, Taman Senangin, Kampung Main Road, Kampung Permatang Rawa, Taman Tenggiri dan Lorong Impian Ria 11.

Antara kawasan lain adalah di  Kampung Dock, Taman Usahajaya, Jalan Kebun Sireh, Jalan Padang Lallang, Kampung Padang Lallang,Kampung Tok Kangar,Taman Permai Jaya, Kota Permai, Taman Baru Alma, Taman Jambu, Kampung Machang Bubok, dan Jalan Tembikai.

Ketua Polis Daerah SPT, Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, terdapat kira-kira 88 buah kediaman yang terjejas dengan melibatkan seramai 76 mangsa pelbagai peringkat usia.

"Kesemua mangsa telah ditempatkan di tiga pusat pemindahan banjir iaitu di Dewan Bukit Teh, Dewan Orang Ramai Machang Bubok dan Dewan Orang Ramai Perda Timur seawal pukul 3 pagi tadi .

"Paras air dilaporkan naik antara 200 sehingga 450 milimeter di beberapa kawasan yang terjejas dalam kejadian banjir," katanya dalam satu kenyataan di sini tadi.

Bagaimanapun, hujan lebat yang berterusan di negeri ini tidak menjejaskan kawasan di bahagian pulau terutama di pusat bandar George Town dan Jalan Perak.

Difahamkan, air mula surut sekitar pukul 6 pagi tadi. - K! ONLINE