Pengarah Pendidikan Negeri Terengganu, Shafruddin Ali Hussin berkata, keputusan yang dicatatkan oleh negeri Terengganu turut mengatasi PNGK nasional sebanyak 0.15.

Menurutnya, seramai 23 daripada 2,415 jumlah calon keseluruhan memperolehi PNGK 4.0 pada peperiksaan kali ini berbanding 15 calon dalam peperiksaan sebelumnya.

“Kita turut mencapai peningkatan mendadak bagi calon-calon yang memperolehi kesemua A dalam mata pelajaran iaitu seramai 77 calon berbanding 55 calon sebelum ini.

“Lebih membanggakan, prestasi pencapaian PNGK calon luar bandar turut meningkat iaitu 2.89 berbanding tahun sebelumnya 2.84,” katanya ketika pengumuman keputusan STPM 2017 peringkat negeri di Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu di sini hari ini.

Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan Sains dan Teknologi dan Tugas-tugas Khas negeri, A. Latiff Awang. - K! ONLINE