Tangkapan terbaharu itu menjadikan jumlah keseluruhan yang ditahan adalah 46 orang setakat ini.

Kesemua lelaki tersebut berusia lingkungan 32 hingga 55 tahun. Mereka ditahan di Pejabat SPRM Pulau Pinang antara jam 10 pagi hingga 4.15 petang hari ini.

Menurut sumber, kesemua pegawai penguat kuasa JPJ gred 19 hingga 32 daripada Pejabat JPJ Pulau Pinang berkenaan dipercayai menerima bayaran bulanan sebanyak kira RM10,000 sebulan dan sehingga kini jumlah terkumpul bagi kesemua wang rasuah itu sudah melebihi RM140,000.

"Tangkapan ini merupakan siasatan peringkat kedua dan tidak menolak kemungkinan ramai lagi yang akan dipanggil bagi membantu siasatan," katanya kepada Kosmo! di sini hari ini.

Kesemua yang ditahan dijangka akan dibawa ke Mahkamah Majistret Georgetown esok untuk mendapatkan perintah reman dan kes disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut. - K! ONLINE