Ini menjadikan jumlah kumulatif dilaporkan di sekolah tersebut seramai 102 orang termasuk seorang guru yang mempunyai jangkitan saluran pernafasan seperti demam, sakit tekak dan batuk, katanya.  

Menurutnya, terdapat seorang lagi murid STAR dimasukkan ke hospital swasta ketika ini dan masih menunggu keputusan makmal dan keadaan pelajar itu dilaporkan stabil.

"Seramai 51 pelajar lagi masih diasingkan di asrama sekolah dan pemantauan ke atas mereka diteruskan," katanya selepas melancarkan Bulan Pemakanan Malaysia di sini, hari ini.  

Semalam, media melaporkan empat sampel daripada 79 pelajar yang dikesan mengalami kluster demam dan batuk di STAR disahkan positif Influenza A H1N1. - Bernama