Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bandar Baru Klang, Datuk Teng Chang Khim berkata, bagaimanapun enggan mendedahkan terperinci bahan kimia itu kerana masih dalam siasatan terperinci pihak berkaitan. 

"Hasil ujian yang dilakukan di makmal Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) kerajaan, kita kesan terdapat 21 bahan kimia di dalam sampel yang telah diambil dari kolam takungan banjir itu.

"Bagaimanapun, kita masih menunggu laporan penuh daripada pihak berkaitan untuk tindakan seterusnya. Buat masa ini, pihak Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) mengetuai misi pembersihan sisa kimia ini,"katanya ketika ditemui di lokasi di sini hari ini. 

Tambah Chang Kim, usaha-usaha pembersihkan akan dilakukan oleh pihak berkuasa termasuk menggunakan kaedah 'oil bomb' dan 'oil pack' iaitu bagi memerangkap dan menyedut sisa bahan kimia tersebut. - K! ONLINE