Dalam serbuan pada pukul 4 petang itu, sepasukan polis dari Pasukan Khas Taktikal dan Risikan Narkotik (STING) Bukit Aman turut menahan tiga individu berusia 32 hingga 47 tahun bagi membantu siasatan.

Ketua Pengarah Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Sri Mohmad Salleh berkata, kesemua dadah berjumlah 193 peket yang dibalut menggunakan bungkusan teh jenama Guanyinwang itu disorokkan di dalam beg pakaian di rumah berkenaan.

"Kita tidak menolak kemungkinan dadah tersebut untuk pasaran antarabangsa termasuklah negara-negara Asia," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Melaka di sini hari ini.

Menurut Mohmad, ketiga-tiga suspek kini ditahan dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman mati mandatori. - K! ONLINE